Tuesday, August 7, 2012

Roselle, bendi dan tomato


Assalamualaikum, agaklah dah lama tak update walaupun banyak cerita yang boleh dicerita. Ramadhan pun dah masuk minggu ke tiga, kira 10 malam fasa kedua- malam pengampunan. Hai cepatnya masa berlalu Disebabkan internet pun agak 'sangap', jadi memang payah la nak update nak tunggu uploading gambar yang 'berkurun'.

Dah nak sebulan sejak last update, pokok-pokok yang ditanam Alhamdulillah sudah menunjukkan tanda2 musim menuai hasil hihi. Seminggu yang sudah pada masa awal2 puasa hujan banyak gak mencurah-curah, tetapi sekarang ni memang sentiasa panas. alhamdulillah bersyukur juga kan.. sekurang-kurangnya takde la heatwave berpanjangan, kemarau dan kebakaran hutan seperti yng sedak galak berlaku di negara USA sana. 



Roselle dah berbuah. Ada 3 pokok semuanya. 1 pokok tu daunnya lebat, tapi masih tak berbuah2. Lagi 2 pokok baru sahaja dipindahkan ke tanah dari bekas plastiknya. Gigih jugaklah menyangkul dalam bulan puasa. Nasib baik menyangkul di petang-petang yang redup yang agak2 lagi 1 jam nak berbuka. 2 pokok roselle dan 2 pokok bendi berjaya dipindahkan ke tanah. Hoyeh.. dah berminggu berhajat nak buat, baru sempat ptg tadi.

Inilah sebabnya.. sebab dah berbuah, jadi kesiankan pokok nanti takde cukup nutrien, jadi tambahkan baja dan alihkan ke tanah. Pokok bendi pun ada 3 pokok juga. Ketiga-tiga sedang berbuah. Alhamdulillah.


Okeh apahal tiba-tiba rajin bebenor hari ni sebab pokok tomato dah berbuah. Girang tak terkata. Ni 1st pokok yang suvive dan membesar setinggi hampir 2 meter juga. Itu satu kejayaan. Dah beberapa kali dia terlentok. Ada satu lagi pokok masih struggle untuk membesar, satu lagi dipijak anjing yang menceroboh masuk dalam kawasan rumah dan ada 3 anak pokok yang masih kecil yang belum dipindahkan ke tanah. ok sebenarnya dah banyak menyemai pokok tomato tetapi belum ada hasil yang sempurna. Jadi bila pokok ni berbuah ranum, wah motivasi terus 'up' hokeh.. Lepas ni boleh semai lagi banyak2.


Sebelm ni ada beberapa kali menuai bayam dan bendi dan pokok kacang panjang, tapi malas nak upload gambo.. tengok la bila rajin datang. Bendi sedap dan fresh sangat, garing bila digoreng chilli, bayam jadi makanan arnab sahaja..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...