Bunga matahari yang ditanam sudah mengeluarkan bunga. Ada 3 pokok semuanya. Yang terbaru baru muncul minggu ini. Lagi 2 pokok dah tak berapa kembang bunganya dah 2 minggu kembang dan dengan hujan panas segala dah tak berapa cantik, kelopak dah gugur..
Ada 3 lagi kuntum yang bakal muncul dari pokok ini, wah sempatlah berhari raya dengan bunga matahari baru nanti kan...
Yang ini kembang 2 minggu lepas, memang cantik bunga matahari ketika baru mula2 kembang.
Close up photo: saya tertanya macammana nak ambil biji kuacinya, nampaknya belum tumbuh lagi, mungkin kena tunggu lagi beberapa minggu
Asyik menengok bunga kembang ni, kecantikan itu fitrah, manusia sukakan kecantikan, jadi kita ucaplah subhanAllah, kerana semunya dari Allah. ;)
No comments:
Post a Comment