Sawi yang tumbuh dengan segarnya sudah selamat menjadi makanan arnab. Pada awalnya saya ingatkan dah tak menjadi kerana dimakan oleh anak belalang, habis tinggal batang
kemudian ia tumbuh semula . Ada lagi cabaran lain iaitu serangan ulat(kekabuh?) menjadikan daunnya berbintik2, tapi bila ulam raja yang saya tanam bersama sawi membesar serangan ulat(kekabuh?) berkurangan dan daun seterusnya nampak sihat dan cantik , SubhanAllah. Ulam raja pun nampaknya menjadi Alhamdulillah sangat sebab saya sudah kehabisan benih menyemai ulam raja yang langsung mati sebelum ini.
Ada lagi sawi yang saya tanam di bahagian berhampiran dapur dalam pasu kecil, sangat sihat.. jadi kadang-kadang bila 'rush hour' teringin nak masak megi, wah.. potong je daunnya jadi bahan memasak. sukalah!. Saya suka idea petik-memetik sayur di belakang rumah. Soo cool haha..
Bayam juga boleh tahan, saya letakkan ditempat yang redup, cantik juga daunnya tumbuh. Ada sesekali anak belalang singgah makan daunnya, tapi dia lebih prefer sawi kot..
Personally saya rasa tak susah nak tanam sawi dan bayam, asalkan masa awal2 kena rajin sikit, but once dah stabil pertmbuhannya da ok, tinggal kutip hasil je nanti. Cuma kalo nak tanam bayam dan sawi untuk makanan harian kena tanam banyak2. Untuk 'urban gardening' (ceeewah.. urban la sangat) memang space la problemnya, tapi boleh la beli banyak2 bekas cam kat atas ni dan buat para untuk susun. Ok saya belum lagi sampai ke peringkat ini.. nak invest bekas banyak2 dan tanah untuk megisi bekas itu dan baja juga.., mungkin akan buat dalam masa terjauh,.. ;).. later ok later.. insha'Allah. Bagus idea ni sebenarnya walaupun kena invest lebih sikit..nanti2 tak payah lagi beli sayur sawi di pasar, saya plak nak jual sayur.. ahaaa...
No comments:
Post a Comment