Menikmati bunga-bungaan kembang di taman mini rumah sangatlah mengasyikkan. Manusia sukakan kecantikan kerana kecantikan itu sendiri adalah sifat Allah, Jadi SubhanAllah puji-pujian itu hanya untuk Allah jua.
Jika di dunia ini pemandangan di taman bunga pun kita terasyik menikmatinya, tidakkah kita mahukan yang lebih baik dari ini?..
Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
" apabila kamu melalui taman-taman syurga, hendaklah kamu ikut menikmatinya.
Para sahabat bertanya. " Apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah?
Baginda menjwab ; " Perhimpunan-perhimpunan zikir (majlis ilmu)
Barangsiapa menempuh suatu jalan bagi mencari ilmu pengetahuan,maka Allah akan menempuhkan suatu jalan baginya ke syurga."(riwayat Imam Muslim)


No comments:
Post a Comment