Benih ini rupanya ada pelbagai saiz, bentuk, warna dan sangat menarik. Bila tengok benih sawi.. eehhh macam biji sawi yang letak dalam kari ikan.. hoho.. sebenarnya memang benih sawi la kan... aiseh... memang jakun betullah. Benih Bayam sangatlah halus.. kurang dari 1mm barangkali, tapi MasyaAllah boleh menghasilkan daun yang besar, berkhasiat dan senang tumbuh. Popeye kan suka makan bayam.. yeah.. lets get some spinaches.. I need my spinach.. Barangkali dengan saiz yang halus dan ringan memudahkan ia diterbangkan angin untuk dicambahkan di tempat lain... rezeki dari Allah untuk makhluk2 di dunia ini. Mahasuci Allah menjadikan sesuatu itu masing-masing dengan kelebihan tersendiri.
Benih bunga matahari sangat familiar, sama seperti kuaci yang kita selalu makan time sekolah2 dulu. Sekarang dah tak rajin makan kuaci.. takde masa huhhu... Semasa menyimpan lebihan benih bunga matahari ini, ada semut halus menghurungnya walaupun disimpan di dalam plastik. Jadi saya tukar plastik baru dan simpan di dalam bekas ubat yang 'dicilok' kepunyaan ayah saya. Ohohoh saya nampak dah lama bekas ini 'terbiar' dalam drawer dan tidak digunakan... Haha bab tukang 'cilok' ni memang best..kan?. Actually derang tak boleh bising.. sebab saya kan suka recycle apa je barang yang ada... daripada terbiar baiklah dimanfaatkan.. ye tak...? wink ..wink..
Wokeh,.. puas hati dapat simpan benih2 ini dengan sempurna,.. Macam best tengok ada pelbagai jenis benih.. macam benih ketumbar yang berwarna pink, kacang buncis yang hitam berkilat, eehhh macam collection guli-guli (marbles) pulak.. wohaaa.. Best.. best.. :D.
No comments:
Post a Comment