Friday, April 6, 2012

Bismillahirrahman nirrahim

Mulakan dengan Bismillah...

Aktiviti menanam ini, ketika semangat datang memang ada bermacam-macam idea. Percaya tak, semalaman saya tak boleh tidur sebab fikir macam-macam nak buat. Amboi,. Harap-harap akan sentiasa bersemangat. Selepas membuat pesanan biji benih melalui blog http://www.tanamsendiri.com/ , terasa makin bersemangat. Disebabkan saya tengah 'sengkek' buat masa ini, haruslah meminimumkan segala perbelanjaan. Alatan bertani yang basic sudah ada, tapi yang penting.. biji benih ;)

Untuk permulaan, saya membuat pesanan 15 jenis benih, 

1) Bayam putih daun bulat
2) Bendi benih tempatan
3)Betik kampung
4)Cili merah kulai king
5) Kacang buncis, Pole bean, Baka F1

6) Kangkung
7)Ketumbar F1, 506
8) Sawi bunga 007 Yang tze
9)Sawi hijau/ Bakso
10) Terung panjang F1 302A

11) Tomato ceri - F1, 318
12)Tomato F1-303
13)Tulasi- Holy basil
14)Bunga matahari (mixed colour)
15) Ulam raja cosmos cauditus 

Pesanan melalui email saya berjawab tidak sampai setengah jam pun,...dan jawapan balasan email tersebut berbunyi:

Waalaikum salam Sdri Nur Huda,Terima kasih.  Benih yang dipesan akan dikirim petang ini. 

Sungguh pantas dan efisen - memang 'hoyeh'. Alhamdulillah, moga Allah permudahkan semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...