Tuesday, April 10, 2012

Rabbits

Ada 4 ekor arnab di belakang rumah saya. Derang ni dibiarkan bebas berkeliaran. Kesemuanya dihadiahkan oleh orang. Depa ni la penyumbang utama nitrogen untuk kompos saya. Tapi nak kena rajin la, hari2 kena sapu 'hasil buangan' depa yang merata tu dan kumpul satu tempat. Sebenarnya agak cerewet juga nak bela arnab ni, tak macam kucing boleh lepas gitu asal tak berak dalam rumah sudah. Arnab ni sensitif pada kebersihan. Disebabkan saya pun tak berapa pandai nak bela arnab jadi internet la dicari maklumat juga. saya selalu rujuk di sini untuk tips atau petua2 melayu gitu, atau guna En. google dengan menaip bunny@rabbits, sure melambak info.

Makanan utama adalah kangkunag liar yang tumbuh di paya berdekatan dengan rumah saya. melambak kangkung liar di situ tapi kena harung paya la pulak kan, takpe, ayah saya tiap2 pagi akan tolong kutip kangkung ni
 Nyum nyum nyum.. sedap tau kangkung ni
 Hari-hari kangkung, takde ke lain? carrot ke, haisshhh ;)
 arnab jantan yang sedang melepak selepas makan
Kadang-kadang kami bagi nasi lebihan semalam dan licin depa makan, depa suka makan nasi jugak, siap lauk kobis tu. Minggu ni tiba2 ada 2 ekor arnab betina dijangkiti kurap di mulut macam arnab gambar dia atas. makin hari makin merebak, risau sungguh sebab I ni penggeli sikit kalau ada kurap2 ni. Jadi berdasarkan petua traditional itu, saya sapukan minyak zaitun- Extra virgin. Alhamdulillah esoknya kuping-kuping kurap tu jatuh, jadi bersih la sikit cuma tiada bulu di hidungnya. Saya keep letak minyak zaiton bagi memastikan kesemua kuping kurap tu jatuh, sekarang ni dia geli2 beli letak minyak habis di gosok2 hidung sampai darah. hadoi, kena letak minyak gamat la pulak lepas ni.
Tuan rumah yang lama sebelum ni yang membina rumah arnab ni, tetapi khabarnya arnab depa 'meninggal' disebabkan penyakit kurap ni la. So saya suspek kena bersihkan rumah arnab ni nanti. Time panas arnab2 ni memang pandai melepak dalam rumah dia, biasa kalau dia dengar saya keluar sapu2 'hasil buangan' dia akan keluar.. Haa dah pandai dah sekarang nak bermesra haha... tapi bila saya start je letak minyak dia akan lari.. bijak..bijak..
Air minuman pun kena selalu tukar
Semalam saya perasan tahi arnab ni kecil2 macam nak dapat penyakit, so kena tukar menu la nampaknya, tak boleh makan kangkung (daun hijau) selalu. aiseehh.. memang rumit sikit la jaga arnab ni, kalo menu yang tidak sesuai boleh menyebabkan arnab sembelit, ada masalah penghadaman dan sebagainya. Semoga Allah pelihara arnab2 ni,.. Sebenarnya saya ni malas sikit nak ada pets ni hadoi.. tapi sebab rasa belas kasihan pada haiwan (kerana sayangkan makhluk Allah)  kena perati2 juga la keperluannya. sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...