Tuesday, January 29, 2013

Pisang



Saya nak bercerita tentang pisang kerana pisang mudah didapati di negara kita dan ditanam secara meluas. Dek kerana terlalu banyak pisang, jadi hampir kebanyakan surau @ masjid tidak akan lekang dek pisang yang didermakan oleh orang ramai pada hari bermajlis, kenduri kendara mahupun ketika berbuka puasa. Kebanjiran pisang-pisang free hatta di kedai makan dan mamak juga kadang-kadang diletakkan secara percuma menyebabkan standard pisang jatuh menjunam di mata orang melayu ehh silap pada sesetengah orang. Maka kedengaran la suara-suara sumbang " eh asyik pisang je, takde ke buah lain, epal ke, anggur ke..."

Maka pisang pun akan berkecil hati kerana merasa tidak dihargai. Apa yang manusia di malaysia ini tidak tahu akan banyaknya kelebihan pisang ini adalah ia buah yang sangat versatile. Lapisan kulit yang tebal melindungi isinya  dan boleh di makan begitu selepas dikupas kulitnya sahaja tanpa perlu memikirkan ke-hygiene-an sama ada perlu dicuci terlebih dahulu tak seperti buah-buah yang lain. Jadi ia mudah dibawa ke mana-mana, berpindah dari tangan ke tangan yang lain dan tidak mudah busuk.  Di negara maju yang lain seperti di Jepun, pernah berlaku permintaan pisang yang tinggi secara mendadak disebabkan morning banana diet book yang ditulis oleh Sumiko watanabe yang  menjadikan pisang sebagai diet berhasil menurunkan berat badan suaminya Hitoshi watanabe sebanyak 16.8kg. Diet ini turut popular di korea,  Haa..nak kurus? boleh la berdiet dengan pisang seperti orang jepun dan korea.. ceeeeWaaahhh..

Pisang diumumkan sebagai 'superfood' oleh fad diet komuniti walaupun dari segi nutriennya hanya menunjukkan kelebihan kandungan karbohidrat dan dietary fiber yang tinggi dengan kalori yang boleh mencecah 130 cal dalam sebiji pisang. Maknanya jika anda berdiet makan pisang pada waktu pagi sebagai breakfast, ia mampu bertahan mengenyangkan perut sehingga tiba waktu lunch tanpa perlu makan makanan tambahan yang lain seperti nasi lemak, roti canai, bihun dan sebagainya. Ingat.. ini diet.. hokeh... Apa yang penting sebenarnya adalah zat seperti vitamin C, B6, pottasium dan manganese yang terdapat dalam sebiji pisang. Baik makan pisang dari bergantung pada pil-pil vitamin.. errrmmm. Kaannnnnn..

Jika dipandang dari sudut kerohanian, pokok pisang adalah pokok yang barakah, dari batang, daun, jantung semuanya boleh digunakan. Penanamannya juga tidak cerewet. Negara africa telah memanfaatkan penanam pisang dengan menjadikan pisang sebagai focus utama produk pertanian menggantikan tanaman lain disebabkan nilai pemakanannya, kemudahan menanamnya dan exploitasi pasaran pisang yang setanding produk lain seperti beras, gandum dan susu. Bermakna pisang adalah penyumbang kepada ekonomi export-import negara-negara africa yang serba kekurangan itu. 

Sebenarnya pisang sudah menjadi sangat sebati dengan masyarakat melayu. Di mana-mana sahaja, terutamanya di kawasan kampung paling kurang 2-3 batang pokok pisang akan ditanam di belakang rumah. Di belakang rumah saya ini yang bukan kawasan kampung juga ada 2-3 batang pokok pisang. Baru-baru ini ada setandan pisang yang diperam maka lahirlah pelbagai resepi bagi menghabiskan setandan pisang ini apabila ia sudah masak. Dari goreng pisang, cekodok pisang, kek pisang, pengat pisang.. haishh kan banyak resepinya itu. mari mengkreatifkan diri.. ye tak? 


kek pisang bercoklat cip - resepi

Bukan itu sahaja, di malaysia ini perlbagai jenis pisang dengan pelbagai jenis nama di sesuaikan dengan resepi yang pelbagai juga. Emas, berangan, tanduk, nipah.. ehh macam-macamlah.. khabarnya menjangkau 14 jenis.. kan banyak tu,.. itulah kelebihan tanah bertuah ini, semoga kita lebih bersyukur dengan limpahan rezeki pisang dan tanah yang subur ini. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Salam kenal dar K Mar.. Bagus byk info berkaitan khasiat pisang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih K. Mar sudi membaca blog yang tidak seberapa aktif ini, :) Selamat berkenalan!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...