Tuesday, May 8, 2012

Supermoon

The 'halo' moon on Saturday 5th May
The moon on Sunday 6th May






















Hujung minggu baru ni, terbaca ada fenomena 'supermoon' atau bulan penuh, so snap-snap sedikit gambar di belakang rumah melihat bulan pada malam tersebut. SubhanAllah sangat cantik. Malam sabtu @ sabtu malam ahad, langit penuh awan, ingatkan dah tak nampak bulan, but MasyaAllah cantiknya sebab ia membiaskan cahaya yang terbias dari matahari di sekeliling awan menghasilkan 'halo'. Keesokan malam langit bersih dan bulan menyinar dengan garangnya seolah-olah mengeluarkan cahayanya sendiri walhal cahaya tersebut adalah reflection dari matahari. SubhanAllah, cahaya2 ini hakikatnya dari Allah jua.

Kejadian bulan penuh memang berlaku setiap bulan, tetapi 'supermoon' tahun ini adalah 16 kali besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding 'bulan penuh' bulan2 yang lain sepanjang tahun ini. Ini kerana supermoon ini berada pada jarak paling dekat degan bumi dalam orbitnya iaitu pada jarak 356,955km.  Pada kedudukan yang paling dekat pastilah ada kesan pada bumi iaitu tarikan graviti yang kuat dan air pasang besar yang boleh menyebabkan banjir boleh berlaku kerana bulan mempengaruhi pasang surut air laut.

MasyaAllah merenung dan melihat kejadian alam yang mempersonakan membuatkan kita terasa dekat dan terasa sentuhan sifat kecantikan penciptanya, (kecantikan itu milik Allah swt jua- tuhan semesta Alam). Jika kita bertafakur sejenak benarlah kejadian makhluk adalah mengikut stage tersendiri seperti cycle bulan yang mempunyai anak bulan, bulan sabit, bulan penuh etc. sama seperti tumbuhan yang hidup dari anak benih, bertumbuh hijau, bercambah, berbunga dan akhirnya layu dan mati. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...