Petang tadi pantas saya mencapai pengorek tanah dan alatan lain. Apa khabar agaknya kawasan baja organik sya itu, berjaya menarik cacing atau tidak. Sebulan sudah berlalu sejak saya mula membuat baja, jadi hajatnya mahu mengembur2kan tanah di sekeliling kawasan 'lubuk emas' saya itu.
Ketika mengorek-ngorek tanah di kawasan 'lubuk emas' saya itu.. Iiieeewwww saya kegelian!! manyaknya cacing. Hadoi.. sebenarnya saya memang penggeli. Mula-mula terjumpa banyak cacing halus.. Ini cacing tanah ka cacing kerawit? sambil saya mengigil-gigil kegelian.. Jangan la saya cacing ni merayap ke arah saya.. ampun..
Makin dalam kerja mengorek, barulah saya jumpa saiz cacing tanah yang lebih besar. Agaknya tadi itu anak2nya. mungkin? Apapun saya masih geelllllllliiiiiii.. tetapi cacing-cacing ini amat pemalu sebenarnya. dengan pantas mereka akan cuba menyusup masuk semula ke dalam tanah.
Sedang saya ralit membalik2 kan tanah itu.. tiba -tiba saya merasa sesuatu yang lembut dan sejuk di permukaan kaki saya. Arrrgghhhh...!!! Dengan sepantas kilat saya membuat aksi lompatan ke belakang sambil menjerit kegelian.. Mungkinkah cacing2 itu telah merayap ke kaki saya...?
Ciiiiiiiiiiiissssssssss..
Rupanya si arnab yang sibuk meletakkan tapak kakinya yang lembut dan sejuk di atas kaki saya! dia pun sibuk nak 'bekerja' juga.. Hadoi.. terperanjat saya dibuatnya. ayah saya yang sedang berada di dapur juga turut terperanjat mendengar jeritan saya.. Hahahaha saya telah membuat lawak badut petang ni.. ;)
| sibuknya dia menguis-nguis tanah juga. |
No comments:
Post a Comment