Monday, June 4, 2012

Kacang Panjang

Hasil tanaman yang disemai 2 bulan lepas akhirnya menunjukkan hasil. Alhamdulillah, Inilah rezeki di Allah swt. Kacang panjang yang ditanam di dalam pasu secara up-side-down yang mula-mula sekali berbunga dan berbuah. Hasilnya akan dapat dipetik 2-3 hari lagi, MasyaAllah berjaya juga kacang panjang ini 'survive' dengan kelalaian saya dari menyiram dan membaja. Semuanya dengan izin Allah jua. Walaupun berdaun sedikit tapi ada menunjukkan beberapa putik2 buah yang bakal tumbuh lagi.


Pkok kacang dalam pasu tergantung
Ada 2 lagi pokok kacang yang disemai dari batch yang sama 2 bulan lepas, salah satunya masih lagi dalam bekas surat kabar dan masih belum dipindahkan. MasyaAllah.. masyaAllah juga telah berbuah.


Anak pokok yang tak sempat dialih juga telah berbuah
Buah yang baru tumbuh 2-3 hari dr bunga


Rasa amazed sangat dapat tengok bunga kacang panjang sampai lupa untuk diambil gambar, dalam semalaman kelopaknya hilang dan tiba-tiba keluar putik kecil memanjang, dan 3 hari selepas itu menjadi kacang panjang yang saya kenali. SubhanAllah cycle pertumbuhan yang sangat menarik.

Bunga pokok kacang panjang -(tepi kiri) yang sudah melayu

Lebihan batch kacang panjang yang saya tanam di atas tanahlebih lebat daunnya, telah menunjukkan ciri berbunga dan insha'Allah bakal berbuah juga. Setiap pokok biasa berbuah 1-3 dalam satu-satu masa, jadi tiadalah dapat seberkas sayur kacang panjang seperti yang dibeli di pasar! tetapi Alhamdulillah rezeki bertanam sendiri sungguh mengujakan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...